Pelajar Tingkatan 6 Perlu Matang Untuk Mencapai Kecemerlangan STPM
Page 1 of 1 • Share •
Pelajar Tingkatan 6 Perlu Matang Untuk Mencapai Kecemerlangan STPM
Untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM, pelajar-pelajar Tingkatan 6 perlu mempunyai kematangan minda. Apa pendapat anda sebagai pelajar atau bekas pelajar Tingkatan 6.
Admin- Admin
- Posts: 2
Join date: 27/06/2010

Pada pendapat saya,
saya rasa kematangan minda memang diperlukan kerana kami bukan lagi dalam lingkungan sekolah menengah lagi. Kami perlulah mengubah sikap untuk menjadi lebih rajin dan bertanggungjawab untuk menghadapi cabaran yang lebih susah dan merimaskan.
Maxwell- Posts: 1
Join date: 18/05/2011
Setuju.
Bagi saya,kematangan bukan sahaja diperlukan oleh pelajar tingkatan 6.Malah sikap kegigihan diri sendiri juga perlu ditegaskan untuk meningkatkan potensi pelajar-pelajar dalam pembelajaran.Jikalau sikap ini tidak dapat diwujudkan,pelajar-pelajar mesti akan menemui masalah yang mudah berputus asa dan tidak ingin mencuba untuk menyelesaikan soalan-soalan dalam kerja sekolah lagi.
Lixin Lim- Posts: 2
Join date: 18/05/2011
Re: Pelajar Tingkatan 6 Perlu Matang Untuk Mencapai Kecemerlangan STPM
Saya amat setuju dengan pendapat Maxwell dan Li Xin, sememangnya pelajar tingkatan 6 mesti mempunyai fikiran yang lebih matang berbanding semasa berada di Tingkatan 4 atau 5. Tanpa fikiran yang matang , pelajar tidak dapat membezakan perkara yang lebih penting dan selalu membuat kerja-kerja yang kurang membantu dalam pelajaran. Oleh itu, saya berasa pelajar yang matang akan lebih rajin, gigih serta bertanggungjawab dalam pelajaran berbanding dengan pelajar yang kurang matang, itu merupakan faktor-faktor yang membolehkan pelajar tingkatan 6 berjaya dalam peperiksaan mahupun kehidupan. Oleh itu, saya berasa kematangan fikiran merupakan salah satu syarat penting untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.
Ying Ying- Posts: 1
Join date: 18/05/2011
Age: 18
Pada pendapat saya,
kematangan minda amat diperlukan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam keputusan STPM kerana saya yakin semua impian calon STPM adalah melangkah masuk ke university. Calon STPM yang mempunyai minda yang matang akan megambil berat tentang masa depan tanpa mengabaikan prestasi dalam sekolah.
suanxun fu- Posts: 1
Join date: 18/05/2011
Similar topics» Langkah untuk mengurangkan import makanan
» Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jenayah Siber
» TINGKATAN 1 (TILAWAH AL-QURAN) BAB 1: AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP
» Mengapa Guru & Murid Perlu Kreatif & Inovatif?
» Ting 2 : Tatabahasa - 02
» Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jenayah Siber
» TINGKATAN 1 (TILAWAH AL-QURAN) BAB 1: AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP
» Mengapa Guru & Murid Perlu Kreatif & Inovatif?
» Ting 2 : Tatabahasa - 02
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum